Tuesday, June 29, 2010

...... Mencari Sesuatu ......

Blog...Facebook...Friendster..merupakan laman sosial untuk seseorang individu menjalinkan hubungan dengan orang lain ataupun sebagai medium untuk berkomunikasi..memberi pendapat..bertukar-tukar idea..dan sebagainya.Tetapi sesetengah orang berkata.,laman ini juga dijadikan sebagai tempat untuk meluahkan perasaan..mungkin disebabkan oleh faktor kurangnya rasa kepercayaan terhadap rakan-rakan yang boleh "membuka pekung di dada".. Bagi saya mungkin setengah perkara perlu diluahkan kerana tidak tertanggung menahan tekanan dan bebanan yang dipikul.,mungkin saya nie jenis yang tidak pandai meluahkan perasaan dengan berkata-kata.,takut-takut nanti mengguriskan hati orang lain..kata orang mulut nie boleh menjadi senjata yang paling tajam di dunia..kadang-kadang kalau kita "complain" orang cakap kita nie membantah, tak setuju..tapi hakikatnya kita cuma mahu menyatakan sahaja..tidak semestinya tidak setuju..sekadar memberi pendapat..sebab itu wujudnya watak antagonis dalam diri kita.. ataupun mungkin juga aku nie jealous melihat kesenangan orang lain..mungkin juga benci dengan kelebihan orang lain..tapi saya masih teringat pesanan cikgu ku..dia cakap kita tidak boleh benci dengan kesenagan orang lain..mungkin belum tiba giliran kita..bak kata pepatah "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu".

No comments: